Sunday, February 8

Ada seorang insan yang duduknya dalam jiwa ini sentiasa buat aku tenang dan nyaman baru aku lepaskan. Tapi lucu sekali bila aku sepanjang masa cuba mencarinya semula. Aku jadi semacam takut untuk terus lari selepas tangan dia aku lepaskan. Ketika saat itu, saat tangan itu aku lepaskan, semua yang dalam hati ini seakan bergoncang. Minta di tarik kembali tangan itu, genggam erat dan jangan dilepaskan lagi. Tapi itulah, sejuta kali aku cuba capai selama itu dia tepis. Dia suruh pergi dan jalan dengan selamat.

"Jangan pernah toleh lagi," itu pesan dia.

It's hard, it's really hard but I'm trying.

Tapi kenapa, setiap kali aku cuba bangun dan berjalan kau tarik tanganku semula kemudian kau lepaskan?

1 comment: