Wednesday, April 1

"You..."

"Yes..?"

"Kalau I tahu malam itu malam terakhir kita saling senyum, bergurau senda macam dulu I takkan habiskan perbualan kita. I takkan benarkan you pergi dan hentikan perbualan. I akan pujuk you untuk borak sampai kita tertidur."

"................"

"Kalau I tahu petang itu kali terakhir kita berjumpa, I takkan pernah mahu pulang ke rumah. Biar kita bermalam kat Secret Recipe. Biar kita terus tinggal kat situ."

"Hahahahahaha!!"

"Betul sayang, yang penting I dengan you. Tidur bawah jambatan pun I sanggup. Makan batu pun I boleh!"

"Duit mana nak dapat yang?"

"Kita rompak bank sama-sama."

"Hahaha you ni!"

"You..."

"Ye?"

"You ingat lagi angan-angan Sharnaaz Ahmad kita? I tak pernah lupa. Itu malam paling indah. Galaksi pun tak seindah malam itu."



**Perbualan yang tak pernah kita bualkan**



Dan aku cuma mampu berharap yang kau tak akan pernah lupa malam Sharnaaz Ahmad itu, sayang.

No comments:

Post a Comment