Saturday, June 20

Untuk seorang perempuan.

Aku selalu cemburu dengan roommate kau, setiap malam dia yang dapat tengok muka kau waktu kau tidur. Muka manja minta dipeluk cium waktu kau tidur itu sentiasa dalam hati aku walaupun berapa juta selfie pun yang kau beri, tak mungkin dapat ditandingi sayang.

Rambut hitam paras bahu itu tak pernah hilang bau wanginya. Sentiasa elok dan cantik sesuai buat kau. Lembut rambut itu seperti masih terasa di setiap celahan jari aku, menyikat dan membelai waktu kita baring bersama.

Mata itu selalu tenang. Sedih mana pun kau, belum pernah aku lihat kau menangis. Tapi siapa tahu, dalam ketenangan itu sebenarnya kau simpan sesuatu.

Genggaman kemas tangan kau, setiap kali kita berdua. Entah kenapa kali pertama tapak tangan kita berpeluk, semuanya rasa selamat. Aku hairan, mungkin saat itu sebenarnya aku sudah simpan perasaan terhadap kau.

Setiap tutur yang keluar dari kau itu tak pernah aku lupa. Mungkin sekarang, kadang-kadang sengaja aku buat lupa kerana kau sepertinya sudah lupakan semua dari aku. Setiap yang tajam, sentiasa aku jadikan pisau supaya aku kuat melangkah pergi. Setiap yang manis, sentiasa aku simpan dan sentiasa senyum bila diingati.

Aku rindu saat kita sentiasa bergaduh tentang sayang siapa yang lebih banyak.

Juga bibir nipis itu. Semua bermula dari situ.


Kau ini perempuan istimewa. Jangan kau sia-siakan hati kau untuk seorang polan seperti aku lagi.

Mungkin kita sudah habis, namun percayalah hanya kau seorang sahaja yang aku mampu cinta sebanyak itu.


Happy Birthday in advance sayang! Semoga setiap mimpi yang kau selalu impikan sentiasa tersusun rapi menunggu kau di setiap jalan yang kau langkah. Terus cantik!

1 comment:

  1. AnonymousJune 21, 2015

    I like you. Dari apa yang I baca, I rasa you macam seorang yang sangat perahsia in real life. You semacam ada misteri yang buat I rasa nak tahu. You sentiasa timbulkan teka-teki dalam setiap penulisan you. Boleh kata setiap hari Im gonna read you blog. Semuanya. Tak bosan. You should at least try buat zine or apa-apa. You tak mungkin dapat apa-apa from blog. I harap, one day kita boleh berjumpa.

    Ikhlas, peminat setia you.

    ReplyDelete