Pungguk sentiasa rindukan Bulan.
Tak pernah Pungguk ingin berhenti
Menongkat dagu melihat Bulan.
Tak pernah Pungguk putuskan doanya
Ingin menjadi punca indahnya cahaya Bulan
Juga menemani Bulan menyinari setiap malam gelap.
Tapi Bulan bukan sebarang Bulan.
Cantiknya Bulan ramai pemuja.
Tingginya Bulan tiada yang setanding.
Jatuhnya Pungguk melayang ke tanah
Diminta sedar dan jangan bermimpi.
Pungguk cuba berhenti menaruh hati.
Sedar diri hanya si Pungguk
Yang merindui Sang penyeri malam.
Tapi,
Apa logik kiranya Bulan juga
Memerhati Pungguk menongkat dagu
Melihat Bulan?
Apa logik kiranya Bulan juga
Mendoakan supaya doa Pungguk
Tuhan makbulkan?
Bilang siapa Bulan bahagia
Bersendirian dia atas berkurun lamanya?
Apa mungkin Bulan menyembunyikan kesepiannya
Di balik cahaya indah yang menerangi malam?
jangan percaya pada bulan
ReplyDeleteaku bab-ba puisi ni K.O.. kena baca banyak kali baru boleh hadam.. hehe. Tapi best wooo puisi ni.. err.. puisi kah??
ReplyDelete*but still nice. =)
Nice one! :)
ReplyDeletesebalik cahaya bulan,siapa tahu
ReplyDeleteada suramnya.
sebalik ceria pelangi,siapa tahu
pudar warnanya.
sebalik senyuman manis,siapa tahu
darah hatinya.
hmm.
percaya pada hati. ikut kata hati dan bwat keputusan ikut fikiran. insyaAllah, you akan bahagia! trust me :)
ReplyDeletemengapa bulan mahu mengharap pada sang pungguk sedangkan banyak bintang menemani.mengapa harus pungguk rindukan bulan sedangkan nyata hakikatnya angan pungguk tidak pernah akan kesampaian.....
ReplyDeletepungguk tu burung hantu kan?
ReplyDeleteYes it is :)
Deletekan bagus kalau bulan mampu balas cinta si pungguk.
ReplyDelete:0
mungkin bulan pun suka kan pungguk ? :)
ReplyDeleteerk...
ReplyDeleteoh pungguk apakah sudah tiada spesies lain yg kau mahu kau puja...
ya ampun..swit bgt ceritera pungguk dan bulan nih..=D
ReplyDeletedan akhirnya kita sendiri sendiri kan
ReplyDelete