Saturday, November 3

Bintang

"Masuk cepat Elle, aku mahu tunjuk kau sesuatu.."

Aku buka pintu bilikku lalu menarik Elle ke dalam.
Elle menurut sambil mengukir satu senyuman yang manis di tambah dengan lirikkan matanya yang menggoda sambil melangkah perlahan ke dalam bilik. 
Senyuman itu. Senyuman itu yang selalu buat aku terbang jauh berimaginasi.
Lirikkan itu. Lirikkan itu yang buat aku jatuh dengannya semakin dalam.
Aku terus berjalan ke tingkap lalu membuka kunci selaknya.


"Kau buat apa Edd?"


Tanya Elle pelik.


"Mahu baring bersama di atas bumbung?"

"Si gila ni kan.."

"Sumpah aku tak bergurau. Mari?"

Aku hulurkan tangan kananku.
Elle berdengus kemudian menyambut tanganku.
Kami berjalan perlahan di atas bumbung lalu baring.


"Elle, setiap malam kita bilang bintang di langit yang sama dan kita percaya kita saling merindui. Tapi malam ini aku mahu kita bilang bintang di langit bersama biar kita tahu banyak mana sayang kita..." 

"Maksud kau?"

"Pernah kau habis membilang bintang sayang?"

"Ahhh tak. Terlalu banyak. Takkan pernah habis."

"Begitu juga sayang aku ke kau Elle. Terlalu banyak dan takkan pernah habis."


Aku lihat Elle tersenyum sambil tertunduk malu. Spontan dia menolak rambutnya ke belakang. Rambut Elle itu punya satu aroma yang sangat asyik. Aroma hangat yang aku gila-gilakan. Aroma itu yang selalu buat aku tenang.

Gila. Elle memang menggoda.


"Dengar sini Elle, biar bintang aku tak pegang janji engkau aku tak hilang. Faham?"

19 comments:

  1. apa apa berkaitan bintang , aku sangat suka :)

    ReplyDelete
  2. auuuwww !
    kau buat aku berimaginasi tentang aku dan Jaka . HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. fuiyoo..ayat last tu sedap weh..biar bintang aku tak pegang janji engkau aku tak hilang..boleh pinjam utk next entry nih..

    ReplyDelete
  4. ehh tbe2 rasa nk jadi bintang..(bole menyaksikan 2 insan yg sgt sweet ni ;D

    ReplyDelete
  5. faham, bawa aku jg baring dibumbung sambil kau backjan cerita cinta lama lama.

    ReplyDelete
  6. Sayang aku pada bintang samabanyak macam kasih aku pada buluan beruang...

    ReplyDelete
  7. Sayang aku pada bintang samabanyak macam kasih aku pada buluan beruang...

    ReplyDelete
  8. Sayang aku pada bintang samabanyak macam kasih aku pada buluan beruang...

    ReplyDelete
  9. okey ayat hang pun cukup romantik dah rasa nak kawen cepat..kahkahkah

    ReplyDelete
  10. Alolo..sweetnya.Hahahaha

    ReplyDelete
  11. ungkapan last sekali . syahduu gila .

    "Dengar sini Elle, biar bintang aku tak pegang janji engkau aku tak hilang. Faham?"

    ReplyDelete
  12. auwww sooo sweeeett :) nak gak cuba baring atas bumbung. agak2 blh x i baring atas bumbung apartment i? :P

    ReplyDelete
  13. kalau takdir, hilang jugak, berpisah jugak..janji hanya sekadar sedapkan hati ^^

    ReplyDelete
  14. First time di sini,lepas ni aku tak payah nak beli novel lagi :D

    ReplyDelete