Wednesday, May 9

#54

"Kay?"

"Yes bro?"

"Kau tengok bulan malam ni. Cantikkan?"


Kalilah yang sedang duduk di atas pasir pantai mendongak ke langit malam mencari bulan sambil menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya.


"Ceit, sama je macam semalam-semalam punya."

"Haha. Kalau dalam puisi bukan main kau memuji keindahan bulan tapi sekarang apa dah jadi?"

"Kau ni sibuk lah! Jangan kacau aku nak lepas sangap. Kejap lagi dah masuk dalam kolej aku yang macam gila kesangapan.


Kay membakar rokok terakhirnya. Kotak Marlboro lights hijau direnyukkan lalu dicampakkan ke badan ku sebagai tanda mengajak bergurau.

Aku malas layan melayan. Aku ambil kotak tadi lalu aku baling di kelompok sampah berhampiran.


"Berhenti merokok demi aku sayang?"


Kay membalas dengan senyuman lalu menjelirkan lidahnya keluar sambil mengenyitkan mata kirinya ke aku. Comel.


"Kalau kau tak kesiankan diri kau, kau kesiankan orang yang menyayangi kau. Contohnya aku. Aku nak duduk di belah kanan kau di atas pelamin dalam masa 8 tahun lagi, aku nak bersama dengan kau di setiap malam-malam yang indah, aku nak melayan karenah kau dalam tempoh 9 bulan 14 hari itu, aku nak berada di samping kau ketika kau sedang berjuang demi Rayyan dan Aafiyah, aku nak kita sama-sama hadiri konvokesyen Rayyan dan Aafiyah dan aku nak buat macam-macam lagi bersama kau, Kalilah."

"Jap jap, Rayyan and Aafiyah? Mana datang doh?"

"Cahaya mata kita sayang."


Kalilah memandang aku sambil tersenyum. Rambutnya di paras bahu itu ditiup angin pantai menambahkan lagi keayuan di sebalik perwatakkan femme fatale-nya.


"Kau tahu, otak aku selalu tak sempat nak digest ayat sweet-sweet bila aku bersama kau. Aku kalah dengan kau Mihran. Demi Tuhan, aku akan berhenti merokok untuk orang yang sayangkan aku tapi bagi aku habiskan yang terakhir ini dulu ye sayang..?"

Aku terkedu bila dia memanggil aku sayang.


"Oi Kay! Kenapa kau panggil aku sayang?"

"Alah kau panggil aku sayang boleh pulak?"

"Aku panggil kau sayang sebab aku memang sayangkan kau, Kay."

"Jadi kau ingat hanya kau sorang sahaja yang simpan perasaan itu?"


Kay menghembus asap rokok ke muka aku. Perempuan ni memang suka cari pasal dengan aku lepastu dia buat muka comel.


"Jangan cakap macam tu Kay, aku malu."

"Babi. Pondan ni comel pulak bila malu."

"Alah cakap orang pondan tapi tadi dia kata dia sayang aku. Hahahaha"


Kay tunduk malu. Pura-pura asyik bermain pasir pantai dengan jari telunjuk kirinya. Putung rokok di tangan kanannya tadi dia campak ke pasir. Itu mungkin akan jadi rokoknya yang terakhir.


"Kalilah, aku dah lama pendam perasaan ini. Aku yakin aku cintakan kau sepenuh hati. Sudikah kau menjadi kekasih pertamaku?"


Malam itu setiap perkataan yang kami tuturkan semuanya indah umpama dua insan yang sedang saling membantu mencapai klimaks.



Malam itu malam pertama kita bercinta,
Malam pertama kita menjadi pasangan kekasih,
Malam pertama kau bersikap lembut dengan aku,
Malam pertama kau senyum dengan ikhlas,
Malam itu sungguh indah.
Malam itu jiwa kita bersetubuh.


"Kalilah, sekarang dah hampir pulul 11 malam. Kita masuk dalam dulu sayang, takut-takut pak guard bising pulak."

"Eleh takut lah tu. Okay jom. Kau kejar aku ya sayang?"

"Eh janganlah, masuk lah sama-sama. Aku nak kita masuk sama-sama ke dalam kolej buat pertama kalinya sebagai pasangan kekasih, hehe."

"Kejar aku sayang! Bye, I Love you!"


Tanpa aku sedari Kalilah bingkas bangun dari duduknya dan berlari ke seberang jalan.


BAMMMMNNNG!!!


"KALILAHH!!!"


"Sayang, kau ingat lagi malam itu?"

Aku takkan pernah berhenti bertanya soalan yang sama terhadap Kalilah setiap kali aku menziarahi pusaranya.

Kalilah,
Terima kasih untuk setiap detik indah di malam itu.

44 comments:

  1. :')
    berakhir begitu.

    "Sayang, kau ingat lagi malam itu?"

    ReplyDelete
  2. Kau buat aku berimaginasi tentang Kalilah, tentang Mihran, tentang Aafiyah dan juga Rayyan. Kau buat aku berimaginasi tentang rambut, tentang kolej dan tentang pak guard.

    Ia seakan satu kisah benar yang nyata wujud di depan mata..:)

    ReplyDelete
  3. huh what? Kalilah bammm? sadis! saat pertama bahagia tuhan dah ambil nyawa, mungkin kalilah lebih bahagia di sana,mungkin bahagia yang kedua tidak mungkin wujud.

    Rayyan and Aafiyah hanya tinggal nama..

    ReplyDelete
  4. Best gila cerita ni! Jeles aku dengan bakat kau. Kesah centa yang indah gila, tapi tragis. Sedih.

    ReplyDelete
  5. syafiqakarim : Jgn tanya, aku sedih nanti

    Encik H : Terima ksih kerana mendalami hasil aku :)

    SaddLone : Mungkin akan ada bahagia kedua tp caranya tak sama mcm yang pertama.

    Liyaa Mf : Ehh aku pun cemburu dengan kau! Cara kau cerita buat aku berdebar-debar oke? Thanks sbb bacaa :)

    ReplyDelete
  6. true story ke babe ?
    aku terbayang - bayang seolah - olah aku ade dekat situ .

    ReplyDelete
  7. Cerita indah.namun pengakhirnya amat memilukan..sakit.

    ReplyDelete
  8. AnonymousMay 10, 2012

    celaka ninang.sedih gua baca woi.sayang,kau ingat aku lagi?

    ReplyDelete
  9. kenapa endingnya begitu.hmm

    ReplyDelete
  10. aku perempuan
    dan
    aku meletakkan aku dalam mihran
    santak jiwa aku bila baca ini.

    p/s : buat kau berimajinasi pula, bayangkan aku angkat ibu jari aku pada kau.

    ReplyDelete
  11. awesome gila baqhang! kalau aku request buat cerita, sudi terima? hewhew :3

    ReplyDelete
  12. wahhhh cerita betul ke?asal aku rasa macam betul??macam sedih pon ada.gila ah aku mendalami watak.

    ReplyDelete
  13. Cerita betul atau rekaan semat mata ni?
    Pehal touching snagat ni.
    :'(

    ReplyDelete
  14. malam yang hangat untuk jiwa bersetubuh! WOW!

    ReplyDelete
  15. malam yang hangat, jiwa bersetubuh! wow

    ReplyDelete
  16. wah sweet sangt, macam dalam tibi.. kat kolej mana ni.. ni story betul ke reka reka..hehehehe..

    so kira diorang baru declare la ni..

    ReplyDelete
  17. aku dh dpt agak ending sebuah kebahagian mesti ada sedih..kekadang aku rasa mcm tak adil..huih

    "Sayang, kau ingat lagi malam itu?"

    ReplyDelete
  18. gdsbnga : Act aku mimpi kena langgar tu je tp aku saje mereka lebih2. Haha

    Afiq Ah : Kan? Hmm

    lisa : Sbb hidup xsmtinya happy ending, hihi

    Anonymous : Woi woi woi aku tahu kau siapa! hahaha koya mu

    Qaseh : Thank youu! :)

    Eqa R. : Thank you! Hehe cerita utk Jaya?

    ascil.punye.lah : Alah jgn lah sedih. Mihran dah tabah sekarang.

    Bidadari Besi : Hehe relaksss

    Black Jeepsu : Jiwa woi bukan raga! haha

    ABU : Reka je. Aaah baru declare je punn. Sbnrnya aku bygkan situasi ni kt uitm dungun. Pntai diorg lepak tu depan pintu gerbang uitm je

    si ngokngek : Mcm aku kata, kita pun tak boleh predict ending kita cmna kan.

    ReplyDelete
  19. wah..baru nak follow....dah scene 54 dah..banyak lagi belum baca,,,

    ReplyDelete
  20. sedih gilaa weh :') pandai kau mengarang :)

    ReplyDelete
  21. ciK LyndaWawa : :)

    NIK WANEY : Thank you! First time kau puji aku, hehehe

    ReplyDelete
  22. AnonymousMay 11, 2012

    ehem.suwik ngat awok depan pintu gerbang uitm dungung :p

    ReplyDelete
  23. Hahaha sekali lg kau buat jantung aku dup dap dup dap, kau berjaya!

    Since aku belajar kat Dungun, aku buat la sikit penghargaan untuk Dungun, hewhew.

    Tak guna kau buat aku malu.

    ReplyDelete
  24. aku sayang. dia sayang aku. tapi Dia lagi sayang dia dari aku. :)

    ReplyDelete
  25. hemat aku kalilah itu perempuan.. -_-

    cerita kau senang untuk diimajinasi namun sarat juga..

    walau kau sudah tiada, malam dan bulan masih lagi menemani aku menggantikan kau yang sudah ditiup pergi bayu pantai..

    ReplyDelete
  26. waw.... keren nih ceritanya :D

    ReplyDelete
  27. terbaikk. best doh cite ni :)

    ReplyDelete
  28. wow, you are an awesome writer, suka sekali dengan story ini nina :)
    pemilihan diksi yang sangat indah :)

    ReplyDelete
  29. Hello! I just came across your wonderful blog and was wondering if we could follow each other on Blogger (via GFC) and Twitter? Take care. :)

    Kristina (pink-sequins@blogspot.com)

    ReplyDelete
  30. I love this story, btw, are you Malaysian?

    ReplyDelete
  31. daku teringin ilmiahkan citer sebgeni ninaa..ajarin daku..

    ReplyDelete
  32. Apa?! Biar benar endingnya serupa itu. Hmm.. Pernah aku melihat, seorang gadis yang tidak ingin disentuh hatinya kerna dia sudah berpunya, dan kekasih hatinya telah tiada. Gila, tapi itulah kebenarannya. Kesedihan yang tak tertanggung. Hmm..

    ReplyDelete
  33. sad ending!!!!!!


    suka ^__________________^

    ReplyDelete
  34. sadissnyer....
    xsangka cinta pergi mcm2 je...huhu

    ReplyDelete
  35. Kau buat hati aku mati. Kau buat aku kembali ke satu jalan yang pernah aku lalui dahulu ...

    ReplyDelete
  36. like this ni,, endingnya berakhir tragis :P

    ReplyDelete
  37. kisah betul ke ni..tapi kan kiwi suka juga tgk bulan bila bulan cantik..^^

    ReplyDelete
  38. cool!
    keren!
    meskipun saya berusaha sekuat tenaga buat memahami bahasanya. heheh

    ReplyDelete
  39. yang indah cuma sementara tp akhirnya tetap indah.kasih yg dikenang bikin jiwa merayau tapi masih,kasih yg sama bikin bibir tersenyum..(っ◕‿◕)っ

    ReplyDelete
  40. alah sedih! kalo cerita cinta dan beakhir dgn salah sorgnya meninggal, i mmg sedih. sebab macam mana nak lalui di saat org yang kita sayang dah takde. :(

    ReplyDelete
  41. wah tak tau pulak cik ninaaaaaa ader skil menulis.cayalah!

    ReplyDelete
  42. sedih sial ... nak menangisss aku

    ReplyDelete
  43. ninaa...kenapa buat ending sebegitu...

    wuwuuw...tersayap hati taw...
    memang itu rokok terakhirnya...:(

    ReplyDelete